Slide


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, April 8, 2009

Fenomena Geng: Pengembaraan Bermula

Rasanya ramai yang dah tahu mengenai filem animasi 3D pertama Malaysia yang diterbitkan Oleh Les Copaque Sdn. Bhd. iaitu Geng: Pengembaraan Bermula. Apa yang ingin di 'highlight' kan ialah kejayaan filem ini mencetuskan fenomena dalam industri perfileman negara. Filem ini menjadi perintis terhadap penerbitan filem animasi di Malaysia. Informasi terkini yang diperolehi filem ini sudah membuat kutipan sebanyak RM 6.31 juta sehingga tamat tempoh tayangan pada 25 Mac 2009.(kurang 0.02 juta untuk mengalahkan Lagi-lagi Senario) Difahamkan juga, seramai 813,604 orang telah menonton filem ini. Ternyata, Geng bukan sahaja berjaya memikat hati kanak-kanak, malah turut menarik golongan dewasa untuk menonon filem ini. Walaupun sasaran untuk menjadi filem dengan kutipan tertinggi di Malaysia tidak tercapai, namun bagi sesebuah filem animasi, kutipan sebesar ini cukup berjaya membawa angin perubahan dalam industri perfileman negara.(di tangga ke-2 selepas Lagi-lagi Senario) Khabarnya, filem ini akan turut ditayangkan di beberapa buah negara lain seperti Indonesia, Brunei dan Singapura. Sesungguhnya saya cukup berbangga dengan kejayaan anak watan Malaysia menghasilkan buah tangan dalam bidang perfileman ini. Tambah membanggakan lagi apabila tenaga produksinya tergolong dalam kalangan remaja-remaja belaka. Hal ini membuktikan betapa kreatifnya remaja masa kini dalam mengolah sesbuah karya. Akhir kata, saya mendoakan kejayaan Geng: Pengembaraan Bermula sempena tayangan di luar negara tidak lama lagi. Kepada seluruh rakyat Malaysia yang masih belum menonton filem berkualiti tinggi in, dapatkanlah DVD original filem ini yang bakal diedarkan tidak lama lagi. Ingat, dapatkan yang original saja! Sebagai penutup bicara, diucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada warga Les Copaque Sdn. Bhd. Diharapkan pada masa-masa akan datang, pihak mereka dapat mengeluarkan filem animasi yang lebih baik lagi! Hidup Les Copaque! Hidup Malaysia! Malaysia Boleh!

0 comments:

Post a Comment