Slide


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, March 29, 2009

EARTH HOUR 2009....Berjayakah Malaysia?

Seperti yang kita semua tahu, semalam bersamaan 28 Mac 2009, selam 1 jam, bermula 8.30 malam sehingga 9.30 malam ialah waktu untuk bumi. Yang saya maksudkan ialah Kempen Earth Hour. Persoalannya adakah kempen ini benar-benar berjaya di Malaysia? Kita sedia maklum bahawa kempen sebegini merupakan julung-julung kalinya diadakan di Malaysia. Berbeza dengan negara lain yang sudah memulakan kempen tersebut sejak 2007 lagi. Terus terang saya katakan kempen ini hanya 40% berjaya. Bererti rakyat Malaysia masih kurang kesedaran tentang pemeliharaan planet Bumi ini. Data ini telah disahkan oleh Majlis Bandar raya Shah Alam(MBSA) pagi tadi menerusi rancangan Ape ke hal? di tv9. Jelas sekali kurang daripada separuh rakyat Malaysia yang menyedari kepentingan kempen tersebut. Tanpa kita ketahui, bahawa sekiranya kita mematikan bekalan elektrik selama satu jam, tenaga yang tersimpan boleh digunakan untuk beribu-ribu tahun kehadapan(data daripada sumber buletin tv9). Saya sendiri menyokong kempen tersebut denagan mematikan lampu selama satu jam walaupun saya tidak dapat berada di rumah semalam kerana menghadiri kenduri di rumah saudara. Namun sya sempat berpesan kepada bibik saya untuk mematikan lampu selam satu jam tersebut. Hal ini demikian kerana saya menyedari betapa pentingnya sokongan kita sebagai rakyat Malaysia dalam menjayakan kempen ini. Bersama kita mampu mengubahnya. Namun apa yang terjadi ialah sebaliknya. Jelas sekali rakyat Malaysia masih cetek pengetahuan tentang perkara ini. Semalam, dalam perjalan saya ke Klang, saya dapati hanya beberapa taman perumahan sahaja yang berada dalam keadaan gelap. Selebihnya, bandar Klang masih dilimpahi cahaya neon yang menerangi malam. Begitu juga yang terjadi di pekan Tanjung Karang, iaitu tempat tinggal saya. Lampu tetap terpasang walaupun jam sudah melebihi angka 9. Yang lebih melucukan ialah fahaman penduduk kampung saya yang begitu kolot sekali! Mereka beranggapan bahawa bekalan elektrik akan terputus dengan sendiri bermula jam 8.30 malam! Sepatutnya merekalah yang harus memadam lampu, namun apa yang mereka faham adalah maksud yang lain pula! Perkara ini jugalah yang menjadi antara faktor kegagalan kempen ini. Fahaman dan persepsi orang kampung yang cetek membuatkan mereka salah faham erti sebenar kempen ini diadakan. Ada pula mak cik-mak cik dan wak-wak yang membebel tak setuju dengan kempen ini. Hey, sedarlah sikit wak! Ko tu dah la tak menyokong kempen, buat lagi pembakaran terbuka! Ada hati nak membebel lebih-lebih?!! Saya betul-betul marah ni!! Namun begitu, terdapat juga rakyat Malaysia yang masih prihatin. Tahniah diucapkan kepada rakyat Malaysia yang menyayangi Bumi! Jika negara seperti Australia, Amerika, dan Jepun malah Vietnam dan Filipina mampu menjayakan kempen ini, kenapa tidak Malaysia? Diharapkan andai kempen ini masih diadakan tahun hadapan, bersamalah kita menjayakannya! Di bawah ini saya sertakan gambar bandar Kuching, Sarawak yang dikirim oleh teman semasa Earth Hour, semalam. TAHNIAH bandar Kuching!




3 comments:

Hiz'da said...

ow time kasehla haziq.. ko kalo nk puji aku xpyhla smpai wat artikel nih..
time kaseh erk..
aku ni memang concern,prihatin....bla3..
hakhak

fakhruddin said...

aku pun off semalam. walaupun 1 jam, at least we are contributing to the effort of reducing the global warming. tapi ramai rakyat malaysia yang mengambil enteng dalam perkara ini. tidak wajar sungguh. pentingkan diri sendiri =]

Noor Muhajir said...

haha.hye2..
aq br tau ape klebihan tutp lmpu nieyh..
nway..congartz sarawak!!

Post a Comment