Slide


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, February 17, 2009

Rahsia hati

1


Mellisa merenung ke luar jendela rumah sambil tangannya memegang secawan kopi panas. Dihirup air kopi berwap itu penuh nikmat. Udara pagi yang begitu segar menambahkan lagi keindahan pagi Sabtu itu. Namun keindahan itu tercemar apabila sepasang anak matanya menangkap timbunan rumput kering di taman rumahnya.
“Mak Esah, lupa nak bersihkan ke? Buat semak aje.” Gumamnya sendiri.
“Mak Esah! Mak Esah! Hish.. mana pulak orang tua ni. Mak Esah!!”
“Iye cik. Saya ni, maaf tadi Mak Esah sibuk di dapur. Ada apa Cik Lisa?”
“Mak Esah, berapa kali saya nak cakap? Kalau ya pun nak bersihkan taman ke, nak potong rumput ke, jangan longgokkan macam tu je. Tak sedap la mata memandang. Mak Esah lupa ke apa?”
“Maaf la Cik Lisa, Mak Esah tak sempat nak kemas semalam. Lepas Mak Esah potong rumput tu tiba-tiba hujan. Jadi Mak Esah tak sempat la.”
“Itu masalah saya ke? Dah tu, pergi la kemas sekarang!”
“Tapi Cik Lisa, Mak Esah tengah buat sarapan tu. Takkan nak….”
“Jangan menjawab! Asyik nak bagi alasan. Saya nak rumput tu dah tak ada sebelum tengah hari ni. Faham?”
Mak Esah mengangguk dan berlalu ke dapur. Begitulah nasib Mak Esah, sering menjadi mangsa baran Mellisa. Ada saja yang tidak kena di matanya. Silap sikit mesti nak marah. Baginya semua perkara perlu sempurna. Sebagai seorang pengurus hotel yang ternama di Ipoh, imejnya perlu dijaga. Dia terlalu idealis. Terlalu perfectionis. Oleh sebab itu jugalah Datin Rina memberi kuasa penuh kepada Mellisa untuk menentukan susun atur perabot di rumah tersebut. Bermula dari hiasan di dinding sehinggalah pemilihan warna cat dan permaidani semuanya berdasarkan cita rasa Mellisa. Kelihatan Datin Rina sedang menuruni tangga yang dihiasi ukiran unik bermotifkan tamadun Cina itu menuju ke ruang makan.
“Morning, ma.” Sapa Mellisa penuh ceria
“Morning, sayang. Kenapa ni? Pagi-pagi dah terjerit-jerit ni? Sampai atas mama dengar tau” tanya Datin Rina sambil menyapu jem strawberi ke atas roti wholemeal Gardenia yang lembut itu.
“Nothing la mama. Macam biasa la, Mak Esah tu. Suka buat kerja tak habis. Lepas tu sibuk nak siapkan kerja lain. Mana Lisa tak marah.”
“Apa lagi yang tak kena ni? Kecoh satu rumah.” Tegur Datuk Mazlan yang muncul tiba-tiba dari ruang tamu.
“Eh, abang! Dari mana tadi tak nampak pun.” Tanya Datin Rina
“Macam biasa la. Kat depan tu tengok berita pagi. Ni yang saya dengar Lisa tadi dok terpekik-pekik tu kenapa?” tanya Datuk Mazlan.
“Tanya la tuan punya badan tu.” Seraya Datuk Mazlan mengalihkan pandangannya ke arah Lisa.
“Tak ada apalah, papa. Tadi tu Lisa Cuma marahkan Mak Esah tu, ada ke patut dia biarkan aje rumput bersepah kat taman tu. Bukan dia tak tahu Lisa tak suka.”
“Kalau ye pun takkan la sampai nak terjerit-jerit macam tu. Kamu tu anak dara. Tak elok panas baran sangat. Nanti cepat tua.” Nasihat Datuk Mazlan
“Please! Lisa buat facial setiap bulan takkan cepat tua punya. Tak percaya tanya mama,”jawab Lisa selamba.
“Eh, jangan nak babitkan mama, ye” Datin Rina menjengilkan matanya.
“Ma, you should be on my side! Tak aci la mama sokong papa,” rajuk Mellisa. Mereka sekeluarga tertawa. Mellisa sering berasa bahagia di samping keluarganya. Baginya keluarga adalah segala-galanya. Walaupun dia jenis yang kuat bekerja, namun dia akan tetap memastikan bahawa dia mempunyai masa untuk diluangkan bersama ibu bapanya. Sebagai pengurus di hotel milik bapanya, sudah pasti Mellisa terlalu sibuk dengan urusan pekerjaan. Tuntutan duniawi yang perlu dilaksanakannya itu terlalu banyak. Dia kini menggantikan Datuk Mazlan sebagai pengurus besar di Hotel The Park. Oleh sebab itu, dia tidak pernah memikirkan hal yang dianggapnya remeh temeh seperti, cinta. Menurutnya, bercinta itu menyusahkan. Dia perlukan komitmen untuk yang tersayang.waktu untuk keluarga juga kadang-kadang perlu dihitung, ditambah pula dengan bebanan kerja. Huh, tak ada ruang langsung untuk cinta bertapak di hatinya. Kadang- kadang dia tersenyum sendiri mengingatkan kata-kata sahabat baiknya, Shasha tentang kehidupannya yang membosankan. Secara tiba-tiba memorinya berputar kembali ke peristiwa 3 hari lepas. Saat itu mereka sedang membeli belah di JUSCO Kinta City. Sedang dia asyik mengunyah kek Chocolate Chip Walnut yang menjadi kegemarannya itu, tanpa diduga Shasha telah menimbulkan satu isu yang dirasakannya cukup sensitif.
“Hey, Lisa. Kau tak rasa bosan ke dengan hidup kau?”
“Huh? What do you mean by that? Aku happy je. Ni pun tengah enjoy shopping kan? Apa bosannya? Are you okay, today? Lain macam je soalan kau ni.”
“Bukan tulah maksud aku! I mean, kau tak sunyi ke tak ada boyfriend?”
“Boyfriend? Ala, kalau tak ada pun aku tak sunyilah. Aku ada mama, papa and you!”
“Kau tak boleh macam ni terus tau, kau perlukan masa untuk bercinta tau. Kau kena ada tempat untuk berkongsi masalah, berkasih sayang. Jangan la asyik fikir fasal kerja saja.”
“Hey, Cik Shasha. Nak mengadu ke nak berkasih sayang ke, aku ada mama dengan papa,”
“Takkan selama-lamanya nak macam tu. Asyik dengan mama dan papa kau je. Kalau mereka dah tak ada nanti dengan siapa kau nak bergantung? Optimis la sikit,”
“Kau ni doakan mama dengan papa aku mati cepat ke?”
“Bukan la macam tu! Hish, susah la kau ni. Aku maksudkan teman hidup! Soul mate!”
“Kau ingat dengan bercinta tu boleh kasi aku duit? Buang masa je lebih baik aku kerja. Dapat duit, boleh shopping! Eh, dah la. Can you stop all this nonsence? Cepat habiskan kek kau tu. Kita nak pergi Esprit pula lepas ni. Ada sale tau!”
“Itulah, kau. Tak ada benda lain, duit jugak! Meterealistik betul!”
“Whatever, honey! Hey, cepatlah!”
“Iyelah, iyelah!” Serentak dengan itu, mereka berdua meninggalkan Restoran Secret Recipe itu dan menuju ke Butik Esprit. Mellisa tertawa sendiri.
“Apalah, Shasha tu. Ada ke suruh aku bercinta? Macam baru kenal aku je.”
tunggu sambungan cerita ini.......

5 comments:

fakhruddin said...

hohoho ni novel ke ape?
visit my blog and link ya! ;D

fakhruddin said...

go and look what i've replied to your comment at my blog...anyway, mana consequence cerita ni? cepat2 =] eh jgn lupa buat tag tu ye

AinMaisarah said...

Salam Zackg Fridzha (I really like your name! =D)

Terima kasih Kak Ain ucapkan kerana menyenaraikan buku-buku Kak Ain sebagai your favourite books yer! I really appreciate it.

Kak Ain rasa Zackg ada bakat menulislah!
Mungkin boleh cuma menulis untuk PTS SYOK (manuskrip Kak Ain iaitu Impiana & Impiana II Kak Ain hantarkan kepada PTS Syok...)

Kalau Zackq nak tahu, bank manuskrip PTS Syok memang ada kosong lagi untuk tahun 2009 ni. Zackq bolehlah mencuba ya!

Salam Hormat,
AinMaisarah

AinMaisarah said...

sooo sorry...

TYPO!

cuma = cuba

=D Maafkan Kak Ain ya!

HR by HaziqRidzuan said...

Salam, Kak Ain.. Wah, kak ain jenguk blog saya? Terharunya!!!! Zackg memang minat menulis, tapi macam mana zackg nak ahntar manuskrip ni pada PTS syok? Tell me please...!!

Post a Comment