Slide


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, February 23, 2009

Sambungan Rahsia Hati Lisa

Lantas dia segera melupakan peristiwa tersebut. Dalam sekelip mata, dia terasa bosan. Maklum saja, hari Sabtu tidak bekerja, dia pula terperap di rumah tanpa melakukan sebarang perkara.
“Bosannya, nak buat apa ye? Nak shopping hari tu baru je shopping.” Gumamnya sendiri sambil tangannya membelek DVD yang tersusun di tepi set home theater miliknya.
“ Nak tengok pun malas. Ni ha cerita Duyung ni dah berapa kali entah aku tengok.” Dia terus mengeluh sambil otaknya ligat mencari akal mengurangkan dos kebosanan yang kian mencengkam.
“Ha, apa kata aku pergi je hotel. Daripada tak buat apa-apa lebih baik aku jenguk-jenguk hotel aku tu,” dia tersenyum girang. Lantas dia segera mengenakan kemeja putih dari jenama ZARA yang sudah sedia tergantung di almarinya. Kot dan skirt panjang dari Lords Tailor yang berwarna biru tua menambahkan lagi keanggunannya. Dipadankan pula dengan tudung yang bertatahkan batu swaroski memercikkan gaya kemewahan. Kemudian dia menata rias wajahnya dengan solekan yang tipis. Cukup sekadar compact powder dan gincu bibir dari Maybeline. Sedikit semburan daripada wangian Marc Jacobs Daisy menambahkan keyakinan untuk bertemu dengan orang ramai. Beg tangan berjenama Louis Vitton dan sepatu TODS melengkapkan gaya seorang pengurus besar. Setelah puas dengan penampilannya, dia segera menuruni anak tangga untuk ke pejabat.
“Nak ke mana tu, Lisa” sapa Datin Rina.
“Oh, Lisa nak ke hotel kejap. Kenapa , ma?” jawabnya acuh tidak acuh.
“Kan hari Sabtu ni? Nak pergi kerja jugak?”
“Lisa bukan kerja. Saja nak jenguk-jenguk hotel tu kejap. Lagipun Lisa bosan la mama duduk rumah tak buat apa.” Datin Rina tidak membantah. Dia faham benar dengan kerenah anaknya itu. Pantang duduk diam, mesti ada saja kerja yang ingin dilakukan.
“Suka hati kamulah. Tapi jangan pulang lewat sangat. Pandu kereta elok-elok,”
“Yes, madam! Lisa pergi dulu mak,” lantas dia mencium pipi ibunya itu. Kemudian dia segera menghidupkan enjin kereta Mini Cooper berwarna merah miliknya dan menghala ke Hotel The Park. Nasib baik tidak berlaku kesesakan lalu lintas, maka bolehlah dia segera sampai ke hotel berkenaan. Tepat jam 11 pagi dia tiba di perkarangan hotel tersebut. Hotel yang terletak di atas bukit itu tersergam indah. Nampak mewah dan cukup bergaya. Hiasan dalaman hotel ini juga tidak kurang hebatnya. Berbekalkan cita rasa Mellisa yang tinggi, hotel tersebut mencapai taraf 5 bintang. Dia segera melangkah masuk ke dalam hotel tersebut. Semua pekerja menyapanya dengan mesra namun dia tetap mempamerkan wajah serius. Bukan apa, dia tidak mahu para pekerjanya terlalu manja dengannya. Kalau sampai begitu, dia bimbang prestasi para pekerjanya akan merosot. Semua sedia maklum ketegasan Mellisa yang begitu mementingkan kesempurnaan. Sedang dia melangkah ke lif khas untuk kegunaan staf, dia tersedar ada suara yang memanggilnya.
“Hey, Lisa! Mimpi apa datang pejabat hari Sabtu ni?” tegur Shasha dengan senyuman di bibirnya.
“Eh, Shasha. Kenapa, salah ke aku nak datang jenguk hotel aku sendiri?”
“Tak adalah salah. Tapi kan kau cuti, tu yang aku pelik tu. Ni mesti kau bosan kan? Tak ada kerja cari kerja!”
“Pandailah kau. Yang kau ni kenapa pula datang kerja hari Sabtu? Ha, jawab, jawab.”
“Lupalah tu! Bukan ke kau yang susun jadual aku kerja hari ni? I’m on duty lah!”
“Yeke? Sorry, tak pasal-pasal kau kene kerja hari Sabtu kan? Kesian kau, hahaha,”
“Kau ni pun datang tiba-tiba, macam tau-tau je dia nak datang hari ni kan?”
“Dia? Who?”
“Oh, lupa pula aku nak cakap. Tadi aku nampak Encik Iqbal ada kat sini. Ada meeting dengan Tan Sri Michael. Syarikat mereka ada deal,”
“So, apa kaitannya dengan aku? Bagus la mereka guna hotel kita. Maksudnya kita dapat untung.”
“Kau ni macam la tak tahu, Encik Iqbal tu gila bayang setengah mati kat kau tahu?”
“Chop, chop! Ni mane kau dapat gosip terhangat ni ha?”
“Adalah. Ala, ramai yang dah tahu, Encik Iqbal tu sukakan kau. Kau je tak tahu sebab dia tak pernah cakap kan? Tapi kau dengan dia memang rapat kan pun kan?”
“Memang la rapat, tapi Cuma sebagai rakan niaga saja. Tak lebih dari tu tau.”
“Kau boleh la cakap macam tu. Orang lain?”
Peduli la mulut orang. Sha, can I catch up with you later? Aku nak masuk pejabat dulu kejap. Nanti kita lunch sma-sama ye.”
“Okay,” Shasha menjawab pendek setelah Lisa berlalu ke pejabatnya. Sebaik saja Lisa membuka ruang pejabatnya, dia berasa terkejut dengan kehadiran sejambak bunga mawar kuning di atas mejanya. Dia berasa pelik. Selama ini dia tidak pernah menerima jambangan bunga daripada sesiapa.
“Siapa pula yang beri aku bunga ni? Eh, ada kad.”
Lantas dia membaca tulisan yang tertera di atasnya.




Something For You Just To Brighten Up Your Day…

Iqbal





Iqbal? Iqbal bagi bunga? Pelik bin ajaib, tak pernah dia hantar bunga. Lisa mengeluarkan sebuah pasu yang dibelinya di Paris suatu masa dahulu dari dalam almari. Kemudian dia menggubahnya sebaik mungkin dan meletakkannya di atas meja.
“Cantik juga.” Bisik hati kecilnya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej baharu yang diterima.
“Dah terima bunga?” Mesej itu rupa-rupanya daripada Iqbal. Dia segera membalas mesej tersebut.
“Dah. Thanks, cantik sangat. Tp mana awak tau sy dtg office hari ni?”
“ Gerak hati sy ckp awak macam nak dtg. Jd sy belikanlah”
“Really? Hebat gerak hati awak. Anyway, thanks again.”
“Lisa, can we go for lunch 2gather?”
“I’m sorry, Iq. I can’t coz I dah janji dgn Shasha. Next time, maybe.”
“Ok, then. Bye!”
Lisa segera menghubungi Shasha dan berjanji untuk bertemu di Restoran Johny’s Kitchen yang terletak di JUSCO Kinta City setengah jam dari sekarang. Dia tidak mahu terserempak dengan Iqbal kerana dia akan berasa serba salah. Apatah lagi dalam situasi gosip hangat yang melanda mereka, pasti menimbulkan rasa tidak selesa.
“Gila betullah mereka tu. Ada ke gosipkan aku dengan Iqbal?” desis hatinya sendiri. Dia segera mencapai tas tangannya dan bergerak untuk ke tempat yang dijanjikan bersama Shasha. Perjalanan dari Hotel The Park ke JUSCO Kinta City mengambil masa lebih kurang 20 minit. Lisa mula mencongak-congak perjalanan agar dia dapat tiba tepat pada masanya. Lisa cukup rimas sekiranya dia perlu menunggu kehadiran seseorang. Baginya menepati waktu amat penting dalam kehidupan seharian. Oleh sebab itu, dia tidak mahu membiarkan Shasha menanti kehadirannya kerana dia tahu penantian satu penyeksaan. Setelah agak lama mencari tempat meletak kereta, akhirnya dia menemui satu ruang yang cukup strategik. Dia memarkir keretanya dan bergerak ke restoran tempat Shasha menunggunya. Sesampainya di sana, kelibat Shasha sudah kelihatan melambai-lambaikan tangannya. Shasha telah memilih satu sudut yang agak tersembunyi. Sesuai dengan seleranya yang gemarkan privacy.
“You’re late! For err... hah, 2 minutes!”
“Sorry darling. Susah betul nak cari parking tu pasal aku lambat.”
“Whatever, kau orderlah makanan, aku dah.”
“Hmm, nak makan apa ye? Give me one set of Thai Fried Rice and a glass of fresh orange, please.”
“Asyik makan benda yang sama je kau tak bosan ke?”
“Dah aku suka, lagipun sedap.”
“Betul la hidup kau ni bosan kan? Asyik benda yang sama aje berulang-ulang.”
“Hello, yang kau nak jadi pengkritik hidup aku ni kenapa? Dah bosan kawan dengan aku ke?”
“Tak adalah sampai macam tu. Alah, bergurau je takkan tak boleh? Tapi kan aku suka sikap kau yang satu ni, satu ni je lah.”
“Yeke? Apa dia? Cakaplah cepat!”
“Sabarlah, nak cakap la ni. You know what, you are very loyal. Kalau kau dah suka pada satu benda tu, mesti kau nak dengan yang tu juga. Kau ni setia tau.”
“Ni betul ke nak bodek suruh belanja?”
“A kind of that la! Hahaha, tak! Ini betul-betul I find that you are so loyal. Cuba tengok sendiri, kau suka jenama yang sama, makanan pun kau suka benda yang sama juga, berkawan pun macam tu. Entah-entah kalau ada kekasih macam mana agaknya ye?”
“Kau ni saja nak mengusik aku ye?”
“Bukan nak mengusik, but seriously honey takkan tak ada yang tersangkut di hati tu?”
“Sangkut apa? Tak naklah aku terlibat dengan benda macam tu.”
“Ala, apa salahnya? Perkara baik pun kan? Bukan satu kesalahan kalau kita bercinta…”
“I still think that salah untuk bercinta. Sebab aku tak tertarik langsung.”
“Kau ni tak ada perasaan ke?”
‘Hey, cakap biar berlapik. Eh, dahlah kalau aku borak dengan kau tak ada ke topik lain yang lebih menarik? Asyik cinta, cinta, cinta.,”
“That’s because I think love is the most wonderful feeling on Earth,”
“Sudahlah kau! Nak jiwang-jiwang pula kat sini. Hmm Yusri apa khabar?”
“He’s fine. Yela aku jaga dia elok-elok tau,”
“Yelah tu. Tapi lama dah kan kau dengan dia. Dah dekat 3 tahun dah. Ada masa ye kau untuk dia,”
“Sebab aku tak sibuk fikir fasal kerja aje! Bukan macam kau, such a boring person,” serentak dengan itu tangan Lisa laju mencubit paha kanan Shasha.

1 comments:

AinMaisarah said...

Salam Zackg,

Hari ini baru Kak Ain ada masa blog hopping. Singgah blog Zackg sekejap =D

Tentang menghantar manuskrip kepada PTS, Zackg perlu buat sinopsis penuh terlebih dahulu. Sinopsis itu panjangnya dalam 3-4 mukasurat yang menceritakan permulaan, konflik, pertengahan dan penghujung cerita novel yang sedang dituis.

Zackg juga perlu sertakan 2 bab yang sudah siap ditulis. Ianya membolehkan editor PTS menilai dan memberi komen tentang gaya bahasa Zackg.

Sinopsis dan contoh 2 bab itu bolehlah dihantarkan kepada editor PTS di haryani@pts.com.my

Selamat berjaya Zackg! =D

Salam Hormat,
AinMaisarah
p/s: Sekiranya Zackg minat menulis, elok sangatlah bermula pada usia muda. Kak Ain sangat menggalakkannya!

Post a Comment