Slide


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, February 28, 2009

Rahsia Hati Lisa (Bab 2)

2

Sejak tadi matanya asyik tertancap pada kuntuman orkid segar di halaman rumah. Seolah-olah ada sesuatu yang begitu menarik perhatiannya pada orkid berwarna ungu muda itu. Fikirannya terus menerawang jauh dalam angan-angan yang diciptakan sendiri.
“Abang! Ha termenung apa tu?” jerkah satu suara yang datang secara tiba-tiba.
“Tak guna, kalau abang sakit jantung macam mana? Tak ke mati dibuat macam tu?” ujar Shahrul yang nyata terperanjat dengan sergahan adiknya, Diana.
“Yang penting abang tak ada sakit jantung kan? Apa yang dimenungkan tu? Sampai tak sedar Nana datang?” bertalu-talu soalan yang diajukan oleh Nana iaitu nama singkatan untuk Diana.
“Tak ada apalah. Saja tengok bunga orkid yang mak tanam ni. Dah besar dah. Cantik bunga dia.” Jawab Shahrul selamba.
“Abang jangan main-main ye, sejak bila pula abang ambil kisah dengan bunga orkid tu?”
“Dah, dah jangan bising. Ni kenapa tiba-tiba cari abang ni?”
“Oh ye! Lupa pula tadi mak suruh abang hantar bunga tulip yang Kak Dewi pesan minggu lepas. Kan dia nak kahwin esok,”
“Hmm...yelah nanti abang hantarkan. Ada apa-apa lagi?”
“Ada. Ada satu soalan. Kak Dewi kan sebaya dengan abang, dia pun dah nak kahwin. Agaknya abang bila lagi ya?” nakal soalan yang diajukan Nana.
“Abang kahwin, lepas kamu kahwin. Faham?” jawab Shahrul dengan senyuman nakal dan beredar segera dari situ. Bimbang ditanyakan pelbagai soalan yang tak masuk akal oleh adik perempuannya itu.
“Apa pula adik? Nanti langkah bendul tau! Abang, abang dengar tak! Hish!!” Shahrul segera mengambil bunga tulip yang dimaksudkan dan bergegas menghidupkan enjin keretanya. Dia sememangnya ditugaskan untuk menghantar bunga-bunga yang dipesan oleh para pelanggan dari kedai ibunya. Ramai yang memesan bunga dari kedai bunga ibunya iaitu Puan Salmi kerana dia turut menyertakan pakej gubahan bunga untuk majlis persandingan atau keramaian. Namun begitu, Shahrul tidaklah bertugas secara tetap di kedai ibunya, tetapi dia bekerja sebagai seoarang penyambut tetamu di Hotel Tambun Inn. Pun begitu, hotel tersebut tidaklah mencapai taraf 5 bintang. Cukup hanya menyediakan tempat tinggal beserta restoran yang sederhana. Baru-baru ini dia dikejutkan dengan berita bahawa hotel tersebut akan ditutup dan diambil alih oleh syarikat perhotelan yang lain. Perkara tersebutlah yang meresahkan hatinya semenjak dua menjak ini. Di mana pula dia ingin bekerja jika hotel tersebut ditutup. Dia juga bukanlah terlalu berpelajaran. Hanya memiliki diploma dalam pengajian pengurusan hotel. Peluang baginya mencari ruang pekerjaan di tempat lain pasti agak terhad memandangkan persaingan yang semakin sengit saban hari. Sedangkan pemegang gelaran ijazah juga ramai yang menganggur, inikan pula sijil diploma. Satu sen pun tak laku.
“Hai, pening, pening! Harap-harap tak jadilah hotel tu ditutup.” Dia hanya mampu berharap. Kereta Proton Wira Aeroback miliknya kini sudah memasuki perkarangan rumah pelanggannya. Segala persiapan untuk kenduri yang bakal berlangsung esok sedang sibuk disiapkan. Kelihatan para pekerja sedang sibuk memasang khemah untuk dijadikan tempat menjamu selera.
“Assalamualaikum!”
“Walaikumsalam. Ha, Shahrul kamu cari siapa?” jawab seorang wanita yang memang dikenalinya, Mak Cik Siti, ibu kepada Dewi.
“Saya hantar bunga yang Dewi tempah minggu lepas. Untuk persandingan dia tu.”
“Oh, kejap ye mak cik panggilkan dia. Duduklah dulu,”sejurus selepas itu kelibat Mak Cik Siti menghilang kerana memanggil anak perempuannya di dalam bilik.
“Shah, mana bunga-bunga tu? Dah siap ke? Tak sabar dah aku nak tengok ni,”tanya Dewi dengan wajah berseri-seri.
“Dah siap dah. Ada dalam kereta tu, nanti aku ambilkan.” Shahrul segera mengambil gubahan bunga yang sudah disiapkan oleh ibunya.
“Ini ha, amacam? Cantik tak?”
“Wah, cantiknya! Terima kasih ye, Shah. Mesti meletup pelamin aku esok. Iyela ada bunga tulip yang cantik-cantik ni. Berapa Shah?” Shahrul segera menyerahkan resit yang sudah disiapkan oleh adiknya sebentar tadi. Setelah itu, Dewi membayar harga sebagaimana yang tertera di atas resit tersebut.
“Aku kahwin esok jangan lupa datang tau. Ajak la mak dengan adik kau sekali,”ujar Dewi. Terserlah betul keseriannya. Memang benar yang dikata orang. Kalau sudah mahu bergelar raja sehari, pasti terserlah seri pengantinnya.
“Wah, bukan main berseri lagi wajah kau tu? Dah tak sabar-sabar ke nak bersanding?”
“Eh, mestilah. Apalah kau ni. Kau tu bila lagi? Jangan sampai bergelar bujang terlajak sudahlah!”
“Tolong sikit ye. Aku takkan jadi bujang terlajak punya. Kau tengoklah nanti,”
“Ai, bunyinya macam dah ada calon? Dah ada ke?”
“Ada apa? Belumlah! Nanti aku carilah. Sudahlah aku nak balik. Kau ni sama je dengan adik aku tu. Asyik nak suruh aku kahwin aje,”
“Yelah, kau pun bukan muda lagi. Dah 26 kan? Terima kasih lagi sekali ye bunga ni. Kirim salam kat mak kau.”

4 comments:

frxnk said...

Weh Haziq,ni novel ko copy-paste atau tulis sendiri ni?
haha :)

HR by HaziqRidzuan said...

aku karang sendiri lah..nila keje aku time cuti panjang nih..huhuhu

Anonymous said...

weh...best2. berbakat mcm kakak die yg comel...hahaha... lame da ak x menulis. bile nak start ea... nak tulis cite ak ngan abg daus la...hahaha
by,
kakak comel

HR by HaziqRidzuan said...

sejak bile pulak aku mewarisi bakat ko?? ko la mewarisi bakat aku kan?? hahaha

Post a Comment