Slide


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, May 28, 2011

Review Filem Karak: Laluan Puaka

Assalamualaikum semua! Apa habaq? Haaa...ni nak ceghita ni tadi cheq baru pas abis tengok ceghita Karak! Karak, ala citer karak tu yang KRU buat tu...haaa tau dahh? Haa citer tu la..cheq tengok sebab macam seram je citer tu tengok trailer dia kan...tapi ini adalah merupakan salah satu movie yang indah trailer daripada filemnya. Nak tau pasai apa? Meh cheq ceghita satu persatu.

Karak ni mengisahkan tentang empat orang pelajar kolej yang sedang dalam perjalanan pulang ke Kuantan setelah menghabiskan masa malam mereka di Kuala Lumpur. Semasa perjalanan pulang, mereka terperangkap di dalam kesesakan jalaraya di sepanjang lebuhraya Karak. So sebagai alternatif nak balik cepat dan mengelakkan jammed, diorang ambik la highway Karak yang lama tu. Jalan gelap ala-ala scary tu. Kekuatan cerita ni terletak pada kekuatan lakonan para pelakon. Semua nampak real. I mean bia diorang takut, ketakutan dan jeritan tu tak dibuat-buat macam nampak hantu betul. Tok Malam, Zura (Shera Ayob), Nik (Shahir), Ida (Kilafairy) dan Jack (Md. Ezyendy) wajar diberi pujian sebab cerita ni agak hidup sebab lakonan berkesan diorang.

Selain tu grafik cerita ni boleh tahan la. I tak nak komen lighting and sinematografi sume la, I cume nak komen kelogikan jalan cerita filem ni. I agak kecewa sebab 'seram' dia tak sampai. Ada la jugak rasa macam takut and terkejut sume tapi tu sume atas bantuan sound effect yang superb la. Dari segi gambaran hantu....hmmmm sebagai manusia I tak pernah membayangkan imej hantu seburuk dan melampau scary macam tu. Masa scene hantu lapah orang atas bumbung kereta lagi la I macam tak boleh terima sebab I tau syaitan dia tak bunuh orang, dia cuma mengganggu and kalau ada berlaku kematian pun tu atas kecuaian orang sendiri. Contohnya macam dalam cerita karak ni diorang kemalangan sebab nampak hantu. Macam tula, bukan sebab kena lapah or something..agak unreal disitu. Lagi satu masa scene dalam rumah usang tengah hutan tu (cliche sngt rumah usang dalam hutan...~) part Ida tengah2 malam nak mandi bersihkan luka...eh?? bukan main lagi dorang ketakutan lepas eksiden, boleh pulak berani nak mandi malam2? Dah tu tandas jauh babeng dari rumah tu lagi. Pastu siap tandas gile buruk usang macam tak pernah digunakan....Memang dah tentu akan kena kacau ngan hantu punyalah.

Dubbing cerita ni pun agak spoil. Nampak sangat!! Lain tau berlakon live dengan dubbing. Boleh trace la. Lagi satu masa dalam rumah tu yang tangan si Zura tu gatal sngat nak pakai rantai lama tu apahal? Dalam ramai-ramai sekawan tu rasanya Zura yang paling percaya dengan kewujudan hantu, tapi sesuka hati sentuh barang lama dalam laci tu pe cite?? Hahahaha, entah kenapa cerita ni tak berjaya buat I 'takut' sebab padai I cerita ni agak fake and kurang seram. Pastu boleh pulak hantu ada banyak dialog siap banyak cakap lagi. Kurang feel seram bila hantu pun nak melawak.Tapi muka hantu memang betul-betul menakutkan. I mean cuba bayangkan kalau I yang sesat tengah-tengah hutan jumpa makhluk huduh azab macam tu...mestilah terkucil dah..hahaha

Dalam banyak-banyak scene, I paling suka scene pertama yang kereta rosak tepi jalan and bini nampak suami dia kene makan dengan hantu sume. Walaupun macam tak logik, tapi dah itu cerita tradisi Karak yang disampaikan selama ini and itulah satu-satunya adegan yang buat I terkejut takut gila. Hahaha, lain-lain babak agak cliche and biasa-biasa je. Macam tak mencapai tahap hardcore horror yang dibawa tu. Mesej yang cuba disampaikan pun jelas I dapat. Filem ni menyedarkan kita betapa selama ni kita cuma tahu menghafal ayat kursi tanpa menghayati maksudnya dan meyakini kekuasaannya. Sebab tu bila jumpa hantu baca banyak mana pun hantu tak takut...dia tau korang takat hafal gitu je ayat kursi tu, tanya maksud hantu tu jugak tau lebih...hahahaha, oh ye lagi satu mesej ialah jangan pernah jatuh dari landasan Islam. Jangan tinggal sembahnyan dan jangan lemah iman sebab golongan hantu syaitan ni paling suka menyesatkan orang yang sememangnya dah sesat.

Keseluruhunnya cerita ni ok-ok je la...tak la seram sangat. Boleh la jugak tengok kat panggung untuk dapat efek seram lebih. Tapi kalau tengok cerita ni malam-malam.....konfem kalau anda tak lalu karak pun mesti korang takut nak balik lalu jalan gelap-gelap. I selawat berapa kali tah.....hahahahaha ketakutan kot tiba-tiba terbang atas bumbung ke...terkam depan cermin ke...hish!! simpang...~


Pengarah:
Yusry Abd Halim


Genre:
Hardcore Horror


Pelakon:
Shahir AF8, Shera Aiyob, Kilafairy, Md. Eyzendy, Sidek Hussain, Sobri Anuar.


Rating:
3 / 5


p/s: I tngk citer ni sebab nak tengok Shahir je...tapi shahir memang pandai berlakon.

3 comments:

IMANSHAH said...

macam kureng je

HR by HaziqRidzuan said...

mmg agak kureng...biase je

Mira Mahfut said...

tak best sangat uhh :(
ingat kan dia nak buat cerita yang ada banyak2 story pasal Karak...tapi its much like journey

Post a Comment