Slide


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, February 28, 2009

Rahsia Hati Lisa (Bab 2)

2

Sejak tadi matanya asyik tertancap pada kuntuman orkid segar di halaman rumah. Seolah-olah ada sesuatu yang begitu menarik perhatiannya pada orkid berwarna ungu muda itu. Fikirannya terus menerawang jauh dalam angan-angan yang diciptakan sendiri.
“Abang! Ha termenung apa tu?” jerkah satu suara yang datang secara tiba-tiba.
“Tak guna, kalau abang sakit jantung macam mana? Tak ke mati dibuat macam tu?” ujar Shahrul yang nyata terperanjat dengan sergahan adiknya, Diana.
“Yang penting abang tak ada sakit jantung kan? Apa yang dimenungkan tu? Sampai tak sedar Nana datang?” bertalu-talu soalan yang diajukan oleh Nana iaitu nama singkatan untuk Diana.
“Tak ada apalah. Saja tengok bunga orkid yang mak tanam ni. Dah besar dah. Cantik bunga dia.” Jawab Shahrul selamba.
“Abang jangan main-main ye, sejak bila pula abang ambil kisah dengan bunga orkid tu?”
“Dah, dah jangan bising. Ni kenapa tiba-tiba cari abang ni?”
“Oh ye! Lupa pula tadi mak suruh abang hantar bunga tulip yang Kak Dewi pesan minggu lepas. Kan dia nak kahwin esok,”
“Hmm...yelah nanti abang hantarkan. Ada apa-apa lagi?”
“Ada. Ada satu soalan. Kak Dewi kan sebaya dengan abang, dia pun dah nak kahwin. Agaknya abang bila lagi ya?” nakal soalan yang diajukan Nana.
“Abang kahwin, lepas kamu kahwin. Faham?” jawab Shahrul dengan senyuman nakal dan beredar segera dari situ. Bimbang ditanyakan pelbagai soalan yang tak masuk akal oleh adik perempuannya itu.
“Apa pula adik? Nanti langkah bendul tau! Abang, abang dengar tak! Hish!!” Shahrul segera mengambil bunga tulip yang dimaksudkan dan bergegas menghidupkan enjin keretanya. Dia sememangnya ditugaskan untuk menghantar bunga-bunga yang dipesan oleh para pelanggan dari kedai ibunya. Ramai yang memesan bunga dari kedai bunga ibunya iaitu Puan Salmi kerana dia turut menyertakan pakej gubahan bunga untuk majlis persandingan atau keramaian. Namun begitu, Shahrul tidaklah bertugas secara tetap di kedai ibunya, tetapi dia bekerja sebagai seoarang penyambut tetamu di Hotel Tambun Inn. Pun begitu, hotel tersebut tidaklah mencapai taraf 5 bintang. Cukup hanya menyediakan tempat tinggal beserta restoran yang sederhana. Baru-baru ini dia dikejutkan dengan berita bahawa hotel tersebut akan ditutup dan diambil alih oleh syarikat perhotelan yang lain. Perkara tersebutlah yang meresahkan hatinya semenjak dua menjak ini. Di mana pula dia ingin bekerja jika hotel tersebut ditutup. Dia juga bukanlah terlalu berpelajaran. Hanya memiliki diploma dalam pengajian pengurusan hotel. Peluang baginya mencari ruang pekerjaan di tempat lain pasti agak terhad memandangkan persaingan yang semakin sengit saban hari. Sedangkan pemegang gelaran ijazah juga ramai yang menganggur, inikan pula sijil diploma. Satu sen pun tak laku.
“Hai, pening, pening! Harap-harap tak jadilah hotel tu ditutup.” Dia hanya mampu berharap. Kereta Proton Wira Aeroback miliknya kini sudah memasuki perkarangan rumah pelanggannya. Segala persiapan untuk kenduri yang bakal berlangsung esok sedang sibuk disiapkan. Kelihatan para pekerja sedang sibuk memasang khemah untuk dijadikan tempat menjamu selera.
“Assalamualaikum!”
“Walaikumsalam. Ha, Shahrul kamu cari siapa?” jawab seorang wanita yang memang dikenalinya, Mak Cik Siti, ibu kepada Dewi.
“Saya hantar bunga yang Dewi tempah minggu lepas. Untuk persandingan dia tu.”
“Oh, kejap ye mak cik panggilkan dia. Duduklah dulu,”sejurus selepas itu kelibat Mak Cik Siti menghilang kerana memanggil anak perempuannya di dalam bilik.
“Shah, mana bunga-bunga tu? Dah siap ke? Tak sabar dah aku nak tengok ni,”tanya Dewi dengan wajah berseri-seri.
“Dah siap dah. Ada dalam kereta tu, nanti aku ambilkan.” Shahrul segera mengambil gubahan bunga yang sudah disiapkan oleh ibunya.
“Ini ha, amacam? Cantik tak?”
“Wah, cantiknya! Terima kasih ye, Shah. Mesti meletup pelamin aku esok. Iyela ada bunga tulip yang cantik-cantik ni. Berapa Shah?” Shahrul segera menyerahkan resit yang sudah disiapkan oleh adiknya sebentar tadi. Setelah itu, Dewi membayar harga sebagaimana yang tertera di atas resit tersebut.
“Aku kahwin esok jangan lupa datang tau. Ajak la mak dengan adik kau sekali,”ujar Dewi. Terserlah betul keseriannya. Memang benar yang dikata orang. Kalau sudah mahu bergelar raja sehari, pasti terserlah seri pengantinnya.
“Wah, bukan main berseri lagi wajah kau tu? Dah tak sabar-sabar ke nak bersanding?”
“Eh, mestilah. Apalah kau ni. Kau tu bila lagi? Jangan sampai bergelar bujang terlajak sudahlah!”
“Tolong sikit ye. Aku takkan jadi bujang terlajak punya. Kau tengoklah nanti,”
“Ai, bunyinya macam dah ada calon? Dah ada ke?”
“Ada apa? Belumlah! Nanti aku carilah. Sudahlah aku nak balik. Kau ni sama je dengan adik aku tu. Asyik nak suruh aku kahwin aje,”
“Yelah, kau pun bukan muda lagi. Dah 26 kan? Terima kasih lagi sekali ye bunga ni. Kirim salam kat mak kau.”

Friday, February 27, 2009

100 TRUTHTS-Tag from Udin..

001. Real name -- Mohamad Haziq bin Mohd Ridzuan
002. Nickname(s) -- Haziq, ziq, Bazig(family call), senah (farid yg bagi..hahaha), misha(ni UDIN & SAMAD punyer keje)
003. Zodiac sign -- Sagittarius
004. Male or female -- Male
005. Elementary school -- Tadika KEMAS
006. Primary school -- Sekolah Kebangsaan Seri Tiram
007. High school -- Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh
008. Hair colour -- Black! And some whites...oh no, uban!
009. Long or short -- Long!
010. Loud or quiet -- Loud! Lets get loud!
011. Sweats or jeans -- None of these two...tak suka jeans...
012. Phone or camera -- Phone, because already have camera with the phone. so I have both!
013. Health freak -- I'm healthy & big!
014. Drink or smoke -- Of course...NOT!!
015. Do you have a crush on someone -- Only love the song Crush by David Archuleta..hihi
016. Eat or drink -- BOTH! Love this activity!
017. Piercings -- I don't really like them
018. Tattoos -- Mana boleh! Salah disisi agama kita!

HAVE YOU EVER?
019. Been in airplanes -- Tak pernah...huhuhu bile la bleh merasa ye??
020. Been in a relationship -- Dolu-dolu masa tadika...cinta monyet..hehehe
021. Been in a car accident -- Yes, but its not that dasyat
022. Been in a fish fight -- Huh? Have I?

FIRSTS...
023. Piercings -- Don't have
024. First best friend -- Izzureen b. Sumali..(since I was in Tadika KEMAS! Now he's moving, miss him so much!)
025. First award -- Tokoh Pelajar Sk Seri Tiram 2003(unluckly, I cannot receives this glory as I already at STAR that time..huhu)
026. First crush -- Don't have and I don't want it
027. Weh, ni nak isi ape??? DIN!!!
028. First big vacation -- 2006..Pergi Bali!

LASTS...
029. Person you talked to -- My 'bibik' she say she really wants to cook sardines for this lunch..whatever..
030. Person you texted to -- Farid, my best friend at STAR. Talking about the song for Gaza, Suara Sepi sang by Siti Nurhaliza
031. Person you watched a DVD with-- I always watch DVD alone...I want privacy(am I selfish?)032. Food you ate -- Pau berintikan ayam bbq..sedap sangat! waktu breakfast td..
033. Movie you watched alone -- Ong Bak 2! Its really an action movie! Watcha!
034. Song you listened to -- Miraie by Kiroro
035. Thing you bought-- New watch! Paris POLO Club..RM 139.00!
036. Person you hugged -- Mommy! huhu
037. Food -- Traditional cooks(ecspecially my mom's cooks! very the lazat!)
038. Drinks -- Fruit juices
039. Clothing -- Tommy Hilfiger...all their products were awsome!
040. Flower -- Carnation
041. Miss again?? Lain kali nak wat tag panjang2 tu check first!!!
042. Colours -- Purple(soothing)
043. Movies -- Geng: Pengembaraan Bermula(already watch twice!)
044. Subjects -- English & Mathematics(dulu I benci Maths. Skarang suke plak..hehe)

IN 2008, I...
045. taking SPM!
046. I'M form 5 la of coz..
047. Menang Pemantun Terbaik Negeri Perak!
048. Finalis Tokoh NILAM Kebangsaan 2008
049. sedih sebab lepas ni kene tinggalkan STAR
050. melancarkan perang saraf terhadap freshie..hahaha benci tol dgn dorang
051.bought new phone w350i
052. i'm a strict senior!!!
053. knowing about a rising author Ain Maisarah and started collecting her books
054. more serious in designing clothes..haha(i have two collections and you can take a look at them at myspace!)
055. started my life jurnal! (macam diary la tp lain sket)
056. going for a vacation at 5 star hotel! Hotel Lagend..
057. bought latest album of Siti Nurhaliza, Hadiah Daripada Hati(thanks adik fifah yang belanja!)
058. started to stay-up! (i never do this until i'm form 5)
059. ist medal on sports day! tarik tali rumah putih johan..i'm the anchor
060. going to lost world of Tambun..best!
061. broke my glasses and my mom refuse to fix them
062. bought new glasses..haha with my own money and its POLO!
063. if udin sang over you and being critic by his dad..i'm singing a song sesuatu janji by taufik batisah and guess what? puan zulaifah said"you should go to one in a million audition!you sounds good!"
064. i lost white house money! RM 450, I pay them back..! huhuhu
065. a memorable year
066. meninggalkan kawan-kawan baik di STAR, Farid, zho, naqib, zu, ifi, fuzaimie...

CURRENTLY,
067. Eating -- not eating
068. Drinking -- air asam jawa
069. I'm about to -- COOK!
070. Listening to -- A little too not over you by David archuleta(his latest song,best!)
071. Plans for today -- going to solat jumaat
072. Waiting for -- SPM result..scary la..
073. Want kids -- I want, but later la...
074. Want to get married -- till I succeed my goals(that's true Udin)
075. Careers in mind -- a fashion designer, or an English Lecturer!

WHICH IS BETTER WITH A GUY/GIRL?
076. Lips or eyes -- I choose both!
077. Shorter or taller -- average...
078. Romantic or spontaneous -- Well I think sense of humor..hehehe
079. Nice stomach or nice arm -- I wish for both!
080. Sensitive or loud -- silent please...eh?
081. Hook-up or relationship -- relationship! Everyone needs companion
082. Trouble-maker or hesitant -- NO!NO!NO!

HAVE YOU EVER:
083. Lost glasses/contacts -- nope, broke them, yes! many times..hahaha
084. Snuck out of your house -- never ever!
085. Held a gun/knife for self-defense -- No, i have kuntau1 wahahaha
086. Killed somebody -- if I could....i kill her! (the name that suppose not to be shown public..)087. Broken someone's heart -- Yes, but I'm not an annoying person...
088. Been arrested -- crazy la you..!!
089. Cried when someone died -- Yes..its normal for human being who have feelings rite?

DO YOU BELIEVE IN:
090. Yourself -- Definitely. YES!
091. Miracles -- Anything can be when Allah wants it to be...
092. Love at first sight -- Never, i'm still a kid..lol!
093. Heaven -- absolutely, YES!
094. Santa Claus -- I's myths rite?
095. Sex on the first date -- are you nuss??!! I still a pious guy!
096. Kiss on the first date -- never go for date...someday maybe...TRUTHFULLY,
097. Is there one person you want to be with right now -- yes, my sister and my lil bro!
098. Are you seriously happy with where you are in life -- I'm not sure. Life is complicated(again, i'm agree with u udin..)
099. Do you believe in God -- yes! Allah the Almighty
100. Post a '100 truths' and tag 12 people-- I'm not that mean to tag people with all these question..but, i want to tag...Frankie and Nazmi!! Congrats, youre chosen!

Monday, February 23, 2009

Sambungan Rahsia Hati Lisa

Lantas dia segera melupakan peristiwa tersebut. Dalam sekelip mata, dia terasa bosan. Maklum saja, hari Sabtu tidak bekerja, dia pula terperap di rumah tanpa melakukan sebarang perkara.
“Bosannya, nak buat apa ye? Nak shopping hari tu baru je shopping.” Gumamnya sendiri sambil tangannya membelek DVD yang tersusun di tepi set home theater miliknya.
“ Nak tengok pun malas. Ni ha cerita Duyung ni dah berapa kali entah aku tengok.” Dia terus mengeluh sambil otaknya ligat mencari akal mengurangkan dos kebosanan yang kian mencengkam.
“Ha, apa kata aku pergi je hotel. Daripada tak buat apa-apa lebih baik aku jenguk-jenguk hotel aku tu,” dia tersenyum girang. Lantas dia segera mengenakan kemeja putih dari jenama ZARA yang sudah sedia tergantung di almarinya. Kot dan skirt panjang dari Lords Tailor yang berwarna biru tua menambahkan lagi keanggunannya. Dipadankan pula dengan tudung yang bertatahkan batu swaroski memercikkan gaya kemewahan. Kemudian dia menata rias wajahnya dengan solekan yang tipis. Cukup sekadar compact powder dan gincu bibir dari Maybeline. Sedikit semburan daripada wangian Marc Jacobs Daisy menambahkan keyakinan untuk bertemu dengan orang ramai. Beg tangan berjenama Louis Vitton dan sepatu TODS melengkapkan gaya seorang pengurus besar. Setelah puas dengan penampilannya, dia segera menuruni anak tangga untuk ke pejabat.
“Nak ke mana tu, Lisa” sapa Datin Rina.
“Oh, Lisa nak ke hotel kejap. Kenapa , ma?” jawabnya acuh tidak acuh.
“Kan hari Sabtu ni? Nak pergi kerja jugak?”
“Lisa bukan kerja. Saja nak jenguk-jenguk hotel tu kejap. Lagipun Lisa bosan la mama duduk rumah tak buat apa.” Datin Rina tidak membantah. Dia faham benar dengan kerenah anaknya itu. Pantang duduk diam, mesti ada saja kerja yang ingin dilakukan.
“Suka hati kamulah. Tapi jangan pulang lewat sangat. Pandu kereta elok-elok,”
“Yes, madam! Lisa pergi dulu mak,” lantas dia mencium pipi ibunya itu. Kemudian dia segera menghidupkan enjin kereta Mini Cooper berwarna merah miliknya dan menghala ke Hotel The Park. Nasib baik tidak berlaku kesesakan lalu lintas, maka bolehlah dia segera sampai ke hotel berkenaan. Tepat jam 11 pagi dia tiba di perkarangan hotel tersebut. Hotel yang terletak di atas bukit itu tersergam indah. Nampak mewah dan cukup bergaya. Hiasan dalaman hotel ini juga tidak kurang hebatnya. Berbekalkan cita rasa Mellisa yang tinggi, hotel tersebut mencapai taraf 5 bintang. Dia segera melangkah masuk ke dalam hotel tersebut. Semua pekerja menyapanya dengan mesra namun dia tetap mempamerkan wajah serius. Bukan apa, dia tidak mahu para pekerjanya terlalu manja dengannya. Kalau sampai begitu, dia bimbang prestasi para pekerjanya akan merosot. Semua sedia maklum ketegasan Mellisa yang begitu mementingkan kesempurnaan. Sedang dia melangkah ke lif khas untuk kegunaan staf, dia tersedar ada suara yang memanggilnya.
“Hey, Lisa! Mimpi apa datang pejabat hari Sabtu ni?” tegur Shasha dengan senyuman di bibirnya.
“Eh, Shasha. Kenapa, salah ke aku nak datang jenguk hotel aku sendiri?”
“Tak adalah salah. Tapi kan kau cuti, tu yang aku pelik tu. Ni mesti kau bosan kan? Tak ada kerja cari kerja!”
“Pandailah kau. Yang kau ni kenapa pula datang kerja hari Sabtu? Ha, jawab, jawab.”
“Lupalah tu! Bukan ke kau yang susun jadual aku kerja hari ni? I’m on duty lah!”
“Yeke? Sorry, tak pasal-pasal kau kene kerja hari Sabtu kan? Kesian kau, hahaha,”
“Kau ni pun datang tiba-tiba, macam tau-tau je dia nak datang hari ni kan?”
“Dia? Who?”
“Oh, lupa pula aku nak cakap. Tadi aku nampak Encik Iqbal ada kat sini. Ada meeting dengan Tan Sri Michael. Syarikat mereka ada deal,”
“So, apa kaitannya dengan aku? Bagus la mereka guna hotel kita. Maksudnya kita dapat untung.”
“Kau ni macam la tak tahu, Encik Iqbal tu gila bayang setengah mati kat kau tahu?”
“Chop, chop! Ni mane kau dapat gosip terhangat ni ha?”
“Adalah. Ala, ramai yang dah tahu, Encik Iqbal tu sukakan kau. Kau je tak tahu sebab dia tak pernah cakap kan? Tapi kau dengan dia memang rapat kan pun kan?”
“Memang la rapat, tapi Cuma sebagai rakan niaga saja. Tak lebih dari tu tau.”
“Kau boleh la cakap macam tu. Orang lain?”
Peduli la mulut orang. Sha, can I catch up with you later? Aku nak masuk pejabat dulu kejap. Nanti kita lunch sma-sama ye.”
“Okay,” Shasha menjawab pendek setelah Lisa berlalu ke pejabatnya. Sebaik saja Lisa membuka ruang pejabatnya, dia berasa terkejut dengan kehadiran sejambak bunga mawar kuning di atas mejanya. Dia berasa pelik. Selama ini dia tidak pernah menerima jambangan bunga daripada sesiapa.
“Siapa pula yang beri aku bunga ni? Eh, ada kad.”
Lantas dia membaca tulisan yang tertera di atasnya.




Something For You Just To Brighten Up Your Day…

Iqbal





Iqbal? Iqbal bagi bunga? Pelik bin ajaib, tak pernah dia hantar bunga. Lisa mengeluarkan sebuah pasu yang dibelinya di Paris suatu masa dahulu dari dalam almari. Kemudian dia menggubahnya sebaik mungkin dan meletakkannya di atas meja.
“Cantik juga.” Bisik hati kecilnya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej baharu yang diterima.
“Dah terima bunga?” Mesej itu rupa-rupanya daripada Iqbal. Dia segera membalas mesej tersebut.
“Dah. Thanks, cantik sangat. Tp mana awak tau sy dtg office hari ni?”
“ Gerak hati sy ckp awak macam nak dtg. Jd sy belikanlah”
“Really? Hebat gerak hati awak. Anyway, thanks again.”
“Lisa, can we go for lunch 2gather?”
“I’m sorry, Iq. I can’t coz I dah janji dgn Shasha. Next time, maybe.”
“Ok, then. Bye!”
Lisa segera menghubungi Shasha dan berjanji untuk bertemu di Restoran Johny’s Kitchen yang terletak di JUSCO Kinta City setengah jam dari sekarang. Dia tidak mahu terserempak dengan Iqbal kerana dia akan berasa serba salah. Apatah lagi dalam situasi gosip hangat yang melanda mereka, pasti menimbulkan rasa tidak selesa.
“Gila betullah mereka tu. Ada ke gosipkan aku dengan Iqbal?” desis hatinya sendiri. Dia segera mencapai tas tangannya dan bergerak untuk ke tempat yang dijanjikan bersama Shasha. Perjalanan dari Hotel The Park ke JUSCO Kinta City mengambil masa lebih kurang 20 minit. Lisa mula mencongak-congak perjalanan agar dia dapat tiba tepat pada masanya. Lisa cukup rimas sekiranya dia perlu menunggu kehadiran seseorang. Baginya menepati waktu amat penting dalam kehidupan seharian. Oleh sebab itu, dia tidak mahu membiarkan Shasha menanti kehadirannya kerana dia tahu penantian satu penyeksaan. Setelah agak lama mencari tempat meletak kereta, akhirnya dia menemui satu ruang yang cukup strategik. Dia memarkir keretanya dan bergerak ke restoran tempat Shasha menunggunya. Sesampainya di sana, kelibat Shasha sudah kelihatan melambai-lambaikan tangannya. Shasha telah memilih satu sudut yang agak tersembunyi. Sesuai dengan seleranya yang gemarkan privacy.
“You’re late! For err... hah, 2 minutes!”
“Sorry darling. Susah betul nak cari parking tu pasal aku lambat.”
“Whatever, kau orderlah makanan, aku dah.”
“Hmm, nak makan apa ye? Give me one set of Thai Fried Rice and a glass of fresh orange, please.”
“Asyik makan benda yang sama je kau tak bosan ke?”
“Dah aku suka, lagipun sedap.”
“Betul la hidup kau ni bosan kan? Asyik benda yang sama aje berulang-ulang.”
“Hello, yang kau nak jadi pengkritik hidup aku ni kenapa? Dah bosan kawan dengan aku ke?”
“Tak adalah sampai macam tu. Alah, bergurau je takkan tak boleh? Tapi kan aku suka sikap kau yang satu ni, satu ni je lah.”
“Yeke? Apa dia? Cakaplah cepat!”
“Sabarlah, nak cakap la ni. You know what, you are very loyal. Kalau kau dah suka pada satu benda tu, mesti kau nak dengan yang tu juga. Kau ni setia tau.”
“Ni betul ke nak bodek suruh belanja?”
“A kind of that la! Hahaha, tak! Ini betul-betul I find that you are so loyal. Cuba tengok sendiri, kau suka jenama yang sama, makanan pun kau suka benda yang sama juga, berkawan pun macam tu. Entah-entah kalau ada kekasih macam mana agaknya ye?”
“Kau ni saja nak mengusik aku ye?”
“Bukan nak mengusik, but seriously honey takkan tak ada yang tersangkut di hati tu?”
“Sangkut apa? Tak naklah aku terlibat dengan benda macam tu.”
“Ala, apa salahnya? Perkara baik pun kan? Bukan satu kesalahan kalau kita bercinta…”
“I still think that salah untuk bercinta. Sebab aku tak tertarik langsung.”
“Kau ni tak ada perasaan ke?”
‘Hey, cakap biar berlapik. Eh, dahlah kalau aku borak dengan kau tak ada ke topik lain yang lebih menarik? Asyik cinta, cinta, cinta.,”
“That’s because I think love is the most wonderful feeling on Earth,”
“Sudahlah kau! Nak jiwang-jiwang pula kat sini. Hmm Yusri apa khabar?”
“He’s fine. Yela aku jaga dia elok-elok tau,”
“Yelah tu. Tapi lama dah kan kau dengan dia. Dah dekat 3 tahun dah. Ada masa ye kau untuk dia,”
“Sebab aku tak sibuk fikir fasal kerja aje! Bukan macam kau, such a boring person,” serentak dengan itu tangan Lisa laju mencubit paha kanan Shasha.

Sunday, February 22, 2009

I Got a New Cellphone...!






Sekadar ingin berkongsi kegembiraan ini bersama pengunjung-pengunjung blog I. Guess what? I beli phone baru semalam..!!! Walaupun bukan model impian I, tapi never mind lah, asalkan ada phone jugak. Phone baru ni masih berjenama Sony Ericsson...model w380i..(yang dulu punya w350i..). Warna phone ni agak menarik, silver+pink! Hahaha pink? Ala sikit aje pinknye, kat bahagian bawah.. Well, actually it never cross my mind to change my previos phone. But, I have to change it as my sony w350i problematic sket. Butang volume dah tak berapa efisyen. So, the story begin like this, semalam I temankan mak I beli handphone baru(her 5th phone!!) tak mahal pun NOKIA 2630 je. Suddenly, I ternampak satu phone ni yang pada pendapat I agak menarik la.. Phone ni pun pernah menjadi idaman I suatu masa dulu. 1st time tengok phone ni dalam iklan BRANDS. Rasa comel sangat phone ni. Pernah la bercita-cita untuk memilikinya. But, its not include in my list of buying things for this year coz sebut fasal phone baru, I lebih teringin Sony Ericsson w980i. Entah kenapa hati ini tergerak untuk mendapatkan phone tersebut. I pun pujuklah mak I pakai ayat baik punya.. hehehe...Tak sangka dengan begitu mudah mak I setuju...Great! I pun tawar menawarlah dengan boss kedai phone ni berapa dia boleh ambil phone I so I boleh la trade in je.. murah sket, jimat modal. Bincang punye bincang kami pun setujulah untuk berurus niaga. Actually, I ada juga tinjau kedai-kedai lain mana tau ada yang jual lebih murah kan? Definitely yes! I found a shop that sell that phone for a lower RM30 compare to the one that I go before. But, I still beli kat kedai yang first I masuk. You know why? Because they also gave me free 1 gig memory card! (kedai satu lagi tak bagi free apa-apa pun..). Finally, terbelilah phone yang pada I cukup menawan ini. Even though firstly I rasa sayang nak jual phone I yang lama tu, tapi dek kerana nafsu yang membuak-buak nak beli phone baru, I terpaksa jual juga. Hey, guys! I wanna share with you all the photo of my latest phone! Check it out!

Thursday, February 19, 2009

Tag For Zho, Udin, Farid

Some people says that holidays are bored...(ecspecially after SPM) Is it? Definately NO for me! Listen carefully, how can you say holidays are boring? Actually you are the one who make them boring. Banyaknye masa untuk buat macam-macam perkara. Kalau jadual kita penuh mesti la tak boring...!!!

5 things that after-SPM students like me always do

1. Driving licenses
2. Part-time job
3. loitering and jalan2
4. Go for a vacation
5. Shopping!!!
p/s:just giving some suggestion

Tapi bila difikirkan kembali...hari-hari jalan-jalan pun tak best jugak kan? Mesti bosan... So, here are some suggestion how to cope with this problem.

Places to go

1. Cyber cafe (if you don't have internet at home)
2. Cinemas (watch Geng: Pengembaraan Bermula...superb!!)
3. Shopping Complex (window shopping pun jadilah, at least kurang tension tu..)
4. Zoo (tgk haiwan-haiwan dalam cage tu. Kurang sikit penderitaan kita, at least diorang terkurung tp kita still bebas..huhuhu)
5. Library (baca buku di waktu terluang, kan ke berfaedah??)
6. Masjid ( ikutilah ceramah-ceramah agama. Bersih jiwa..)
7. Kenduri kahwin ( cuti-cuti mesti ramai orang kahwin. Kalau dah dijemput tu, pergilah bantu apa yang patut...)

List Of Movies you should go and watch!

1. Geng: Pengembaraan Bermula
2. The courios Case Of Benjamin Button
3. Underworl: Rise Of the Lycans
4. Family Matters
5. The Bride Wars
6. The Pink Panther 2
7. Eden Lake
8. The wedding game
9. Ong Bak 2
10. Inkheart

Books & magazines you should read!

1. Utopia
2. Maskulin
3. Buku-buku Ain Maisarah (very exciting!)
4. Klik!
5. Novel cinta
6. Harry Potter (baca ulang kali pun x bosan kan?)
7. Perintis yg terbaru!!!

Top chart activities during holiday

1. Wake up late...very late!
2. Sleep...zzzzzz
3. Eating
4. Sleep again...zzzzz
5. Games! (best ke game?)
6. Surf internet
7. Watch t.v (one in a million season baru dah start!)
8. Bermalas-malasan
9. SMS! SMS! SMS!
10. Sleep late (tgk midnight movie wether kat cinema or ASTRO)

Holidays defination, as for me...

[H]-hahaha(i mean, its time to laugh & laugh)
[O]-out of stress(relaks your mind..)
[L]-let's enjoy!
[I]- income?(part-time..maybe)
[D]-damn free..!!
[A]-adhere to parents (haha cedok udin punyer idea=])
[Y]-you may sleep(hahaha)
[S]-shopping, sleeping, slandering..(oppss!)

Aha, now theres no reasons to hate about holidays! In fact, you can always happy and full of joy and blissness all the time. Holidays is made for students like us to find some soothe and to release tension. Come on, no work, no school, no problem!

p/s: if you still cannot cope with this "boring holidays sickness" you may think about people you love the most, or about your friends, recall back all the sweet memories....you will smile from ear to ear...seriously! ;-)

List of people i'm thinking right now..

1. My dearest sister.. Kak Husna
2. Farid & Zarif (my best friend)
3. Udin! (my former adopted brother..huhuhu)
4. Cikgu Shahnun (pantun coach)
5. Fuzaimie & Zuhaini (dorang kene PLKN)
6. Bebet & Harinn (diorang ni macam couple..hehehe joking!)
7. Acap & akramin (junior pantun)

Hope all of them will always under God's great heaven......

Tuesday, February 17, 2009

Rahsia hati

1


Mellisa merenung ke luar jendela rumah sambil tangannya memegang secawan kopi panas. Dihirup air kopi berwap itu penuh nikmat. Udara pagi yang begitu segar menambahkan lagi keindahan pagi Sabtu itu. Namun keindahan itu tercemar apabila sepasang anak matanya menangkap timbunan rumput kering di taman rumahnya.
“Mak Esah, lupa nak bersihkan ke? Buat semak aje.” Gumamnya sendiri.
“Mak Esah! Mak Esah! Hish.. mana pulak orang tua ni. Mak Esah!!”
“Iye cik. Saya ni, maaf tadi Mak Esah sibuk di dapur. Ada apa Cik Lisa?”
“Mak Esah, berapa kali saya nak cakap? Kalau ya pun nak bersihkan taman ke, nak potong rumput ke, jangan longgokkan macam tu je. Tak sedap la mata memandang. Mak Esah lupa ke apa?”
“Maaf la Cik Lisa, Mak Esah tak sempat nak kemas semalam. Lepas Mak Esah potong rumput tu tiba-tiba hujan. Jadi Mak Esah tak sempat la.”
“Itu masalah saya ke? Dah tu, pergi la kemas sekarang!”
“Tapi Cik Lisa, Mak Esah tengah buat sarapan tu. Takkan nak….”
“Jangan menjawab! Asyik nak bagi alasan. Saya nak rumput tu dah tak ada sebelum tengah hari ni. Faham?”
Mak Esah mengangguk dan berlalu ke dapur. Begitulah nasib Mak Esah, sering menjadi mangsa baran Mellisa. Ada saja yang tidak kena di matanya. Silap sikit mesti nak marah. Baginya semua perkara perlu sempurna. Sebagai seorang pengurus hotel yang ternama di Ipoh, imejnya perlu dijaga. Dia terlalu idealis. Terlalu perfectionis. Oleh sebab itu jugalah Datin Rina memberi kuasa penuh kepada Mellisa untuk menentukan susun atur perabot di rumah tersebut. Bermula dari hiasan di dinding sehinggalah pemilihan warna cat dan permaidani semuanya berdasarkan cita rasa Mellisa. Kelihatan Datin Rina sedang menuruni tangga yang dihiasi ukiran unik bermotifkan tamadun Cina itu menuju ke ruang makan.
“Morning, ma.” Sapa Mellisa penuh ceria
“Morning, sayang. Kenapa ni? Pagi-pagi dah terjerit-jerit ni? Sampai atas mama dengar tau” tanya Datin Rina sambil menyapu jem strawberi ke atas roti wholemeal Gardenia yang lembut itu.
“Nothing la mama. Macam biasa la, Mak Esah tu. Suka buat kerja tak habis. Lepas tu sibuk nak siapkan kerja lain. Mana Lisa tak marah.”
“Apa lagi yang tak kena ni? Kecoh satu rumah.” Tegur Datuk Mazlan yang muncul tiba-tiba dari ruang tamu.
“Eh, abang! Dari mana tadi tak nampak pun.” Tanya Datin Rina
“Macam biasa la. Kat depan tu tengok berita pagi. Ni yang saya dengar Lisa tadi dok terpekik-pekik tu kenapa?” tanya Datuk Mazlan.
“Tanya la tuan punya badan tu.” Seraya Datuk Mazlan mengalihkan pandangannya ke arah Lisa.
“Tak ada apalah, papa. Tadi tu Lisa Cuma marahkan Mak Esah tu, ada ke patut dia biarkan aje rumput bersepah kat taman tu. Bukan dia tak tahu Lisa tak suka.”
“Kalau ye pun takkan la sampai nak terjerit-jerit macam tu. Kamu tu anak dara. Tak elok panas baran sangat. Nanti cepat tua.” Nasihat Datuk Mazlan
“Please! Lisa buat facial setiap bulan takkan cepat tua punya. Tak percaya tanya mama,”jawab Lisa selamba.
“Eh, jangan nak babitkan mama, ye” Datin Rina menjengilkan matanya.
“Ma, you should be on my side! Tak aci la mama sokong papa,” rajuk Mellisa. Mereka sekeluarga tertawa. Mellisa sering berasa bahagia di samping keluarganya. Baginya keluarga adalah segala-galanya. Walaupun dia jenis yang kuat bekerja, namun dia akan tetap memastikan bahawa dia mempunyai masa untuk diluangkan bersama ibu bapanya. Sebagai pengurus di hotel milik bapanya, sudah pasti Mellisa terlalu sibuk dengan urusan pekerjaan. Tuntutan duniawi yang perlu dilaksanakannya itu terlalu banyak. Dia kini menggantikan Datuk Mazlan sebagai pengurus besar di Hotel The Park. Oleh sebab itu, dia tidak pernah memikirkan hal yang dianggapnya remeh temeh seperti, cinta. Menurutnya, bercinta itu menyusahkan. Dia perlukan komitmen untuk yang tersayang.waktu untuk keluarga juga kadang-kadang perlu dihitung, ditambah pula dengan bebanan kerja. Huh, tak ada ruang langsung untuk cinta bertapak di hatinya. Kadang- kadang dia tersenyum sendiri mengingatkan kata-kata sahabat baiknya, Shasha tentang kehidupannya yang membosankan. Secara tiba-tiba memorinya berputar kembali ke peristiwa 3 hari lepas. Saat itu mereka sedang membeli belah di JUSCO Kinta City. Sedang dia asyik mengunyah kek Chocolate Chip Walnut yang menjadi kegemarannya itu, tanpa diduga Shasha telah menimbulkan satu isu yang dirasakannya cukup sensitif.
“Hey, Lisa. Kau tak rasa bosan ke dengan hidup kau?”
“Huh? What do you mean by that? Aku happy je. Ni pun tengah enjoy shopping kan? Apa bosannya? Are you okay, today? Lain macam je soalan kau ni.”
“Bukan tulah maksud aku! I mean, kau tak sunyi ke tak ada boyfriend?”
“Boyfriend? Ala, kalau tak ada pun aku tak sunyilah. Aku ada mama, papa and you!”
“Kau tak boleh macam ni terus tau, kau perlukan masa untuk bercinta tau. Kau kena ada tempat untuk berkongsi masalah, berkasih sayang. Jangan la asyik fikir fasal kerja saja.”
“Hey, Cik Shasha. Nak mengadu ke nak berkasih sayang ke, aku ada mama dengan papa,”
“Takkan selama-lamanya nak macam tu. Asyik dengan mama dan papa kau je. Kalau mereka dah tak ada nanti dengan siapa kau nak bergantung? Optimis la sikit,”
“Kau ni doakan mama dengan papa aku mati cepat ke?”
“Bukan la macam tu! Hish, susah la kau ni. Aku maksudkan teman hidup! Soul mate!”
“Kau ingat dengan bercinta tu boleh kasi aku duit? Buang masa je lebih baik aku kerja. Dapat duit, boleh shopping! Eh, dah la. Can you stop all this nonsence? Cepat habiskan kek kau tu. Kita nak pergi Esprit pula lepas ni. Ada sale tau!”
“Itulah, kau. Tak ada benda lain, duit jugak! Meterealistik betul!”
“Whatever, honey! Hey, cepatlah!”
“Iyelah, iyelah!” Serentak dengan itu, mereka berdua meninggalkan Restoran Secret Recipe itu dan menuju ke Butik Esprit. Mellisa tertawa sendiri.
“Apalah, Shasha tu. Ada ke suruh aku bercinta? Macam baru kenal aku je.”
tunggu sambungan cerita ini.......