Slide


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, May 6, 2011

CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU!


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!!
Wahh, dah lama rasanya tak buat post dalam BAHASA MELAYU! Feeling-feeling omputih je selama ni...hahahaha, di pagi JUMAAT yang hening lagi bening ni, I sajalah berjalan-jalan blog, bak kate omputihnye blogwalking, giteww. I memang suka baca blog kawan-kawan yg I follow, ada satu blog tu bukan blog kawan, tapi blog cikgu. Cikgu Shahnun nama dia. Beliau ni seorang yang glemer...hahaha, glemer ke gila glemer?? hahahaha, I suka baca entri dia. Sangat best dan kadang-kadang mengimbau kembali zaman persekolahan. Aish, rindulahh pulak!! hahaha, tiba-tiba cikgu Shahnun ni ade anjurkan satu contest pulak..hmm..sempena hari guru. Menarik, menarik... I ni jarang join contest online ke, blog ke. Bukan sebab apa, sebab I malas. Hahaha, lagipun kalau join peluang menang bukan besar pun kan? Tapi ni sebab my all time favorite teacher yang anjurkan, I nak sokong lah his first ever contest anjuran blog dia ni...nak tahu details? Hah, klik la LINK ni^_^

Contest dia senang je, kite kene buat ucapan sempena hari guru kepada guru yang pernah mengajar kita ataupun yang tak pernah mengajar kita. Kira ucapan untuk guru satu Malaysia lah ni..(satu DUNIA boleh? I kan MEGA? hahaha=P). Ok, merepek, haha, so bila sebut pasal perkataan GURU ni, sebenarnya ia merupakan satu terma yang cukup sinonim dalam hidup I. Yelah, my mom sendiri is a teacher. Sekarang ni pun I tengah melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan jugak. Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Insya Allah di masa akan datang akan bergelar GURU jugak. I memang suka rapat dengan cikgu-cikgu kat sekolah dulu. Sejak sekolah rendah lagi. Suka tengok cara GURU mengajar. I ni observant orangnye, so I memang suka perhati cikgu. Melihat dari sudut kerjaya, I dapat simpulkan bahawa kerjaya seorang guru ni bukan lah satu tugas yang mudah. Yalah, ingat senang nak ajar anak orang?? Buatnye murid tu diajar tak pandai-pandai, udah parents menyalahkan para GURU jugak. Tapi dah itu merupakan asam garam jadi pendidik kan. Nak tak nak itu jalan hidup yang dipilih, maka tanggung jawab yang dipikul haruslah dilaksana sebaik mungkin. Pernah satu detik I terfikir, macam mana lah I nanti kalau jadi cikgu? Boleh ke I survive? Tengok mak sendiri, tengok cikgu-cikgu kat STAR dulu, macam rasa terbeban pulak kalau jadi GURU ni. Pernah hampir-hampir putus asa. Tapi sebab hasrat nak jadi pendidik tu memang kuat, I tabahkanlah jugak. (I memang ada darah pendidik, dari moyang I tau..hihihi). GURU ni pekerjaan yang mulia. I respect semua GURU dalam dunia. Bukan senang nak jadi GURU, so jangan senang-senang nak melupakan jasa yang GURU uols dah bagi kat uols . Ilmu tu walau sikit tetap ilmu. Tetap akan berguna satu hari nanti. Ok, setelah panjang lebar mengarang, (wahh, mengarang ke?? hehe) khas buat GURU-GURU SELURUH MALAYSIA, bersempenan HARI GURU yang bakal menjelang 16 MEI nanti, I nak bagi wish! Puisi pon boleh!! (awal sikit takpelah kan? Apalah ada pada tarikh^_^)

walau ku tadah tiap titis air hujan di langit
walau ku taburkan berjuta wang Ringgit
walau ku himpun segenap khazanah rimba
walau ku banding dengan kilauan sahmura
walau ku tawan banjaran himalaya
walau setinggi menara berkembar KLCC
walau semahal beg tangan HERMES dan GUCCI
NAMUN....
jasamu GURU tiada tara
mencurah ilmu tak kira masa
menabur bakti demi anak bangsa
membina pertiwi pewaris bahtera merdeka
umpama pelita menerangi cahaya, umpama arus sungai mengalir tanpa penghujungnya
anak watan ini ingin terus menerima jasamu
ingin lebih mengenal ilmu
tanpa rasa jemu

SELAMAT HARI GURU
'GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA'
TERIMA KASIH, CIKGU!!
I LOVE YOU!^_^

3 comments:

teratai said...

good luck!

HR by HaziqRidzuan said...

thank you! tp x berharap sngt pun..sekadar memeriahkan acara je..hihihi

iKhRam said...

gud luck k?

Post a Comment