Slide


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, January 1, 2010

Peta Kehidupan Kita

Hidup ini memang macam roda. Kadang kita di atas, kadang pula kita di bawah. Bukan semua benda yang kita hajatkan dalam dunia ini akan menjadi milik kita. Memang, kita boleh berdoa dan memohon kepada-Nya. Tapi kalau hanya berdoa tanpa usaha, tak guna juga. Ada pepatah melayu berkata, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Maksudnya, kalau kita menginginkan sesuatu, kita hendaklah bersusah payah untuk mendapatkannya. Usaha itu tangga kejayaan. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.

Saya pernah terfikir kenapa nasib saya tak selalunya baik? Ya, memang pernah saya bernasib baik, tetapi terlalu jarang nisbahnya. Sampai suatu ketika saya pernah menyalahkan takdir yang telah tertulis di jalannya. Masya ALLAH, sampai begitu sekali sikap saya. Khayalan duniawi banyak mengaburi pandangan mata yang penuh majazi ini. Namun, perkara sedemikian akan membuat saya berfikir kembali. Jikalau ketentuan hidup saya baik-baik belaka, maka mana cabaran yang harus saya tempuhi? Mana ujian yang harus saya hadapi? Seronokkah hidup bersenang lenang tanpa dugaan yang mendatang? Sesungguhnya pengalaman mendewasakan kita. Pengalaman adalah guru paling bermakna. Kita belajar daripada kesilapan. Benar! Ternyata benar! Pengalaman itu banyak mematangkan diri saya agar menjadi seseorag yang lebih baik. Walaupun mungkin hati saya tidaklah sesuci insan kamil, tetapi sekurang-kurangnya suara saya dalam menegakkan pendirian saya dapat didengari dan difahami oleh masyarakat sekeliling.

Namun apabila kita berbicara soal hati, kaitannya dengan hidup kita sanagat jelas. Jangan risau sekiranya anda tidak punya kekasih hati yang menyayangi anda. Kerana kita ada ALLAH S.W.T yang sentiasa menyayangi umatNYA yang menyayangiNYA. Cintailah cinta yang di hati kerana itulah cinta hakiki. Cinta mata itu cinta palsu. Hanya sekilas pandang ia bakal berlalu. Hati sering berbicara sendiri tanpa kita sedari. Lebih kurang seperti monolog dalaman. Kadang-kadang kita tidak perasan bahawa hati kita ada dua simpang. Simpang kanan dan simpang kiri. Yang kanan itu hati berdetik ke arah kebaikan, yang kiri itu hati mengajakke arah kejahatan. Akal kita bakal menentukan hati mana yang bakal kita singgahi.

Sempena tahun baru masihi 2010 yang baru sahaja mengorak langkahnya, marilah kita sama-sama berdoa agar cahaya dan harapan bakal menyinari kehidupan kita. Tingalkan kenangan tirai 2009 yang sudah berlalu, kita mulakan episod baru. Sama-samalah kita menjaga HATI agar AKAL kita dapat memandu arah kehidupan kita berdasarkan PETA yang kita lakar sendiri. Jangan biarkan bahtera kita karam di tengah lautan noda dosa sedangkan kita sendiri nakhodanya. Biarkan semalam menjadi sejarah, hari ini merupakan suatu penghargaan yang tidak ternilai, dan esok, adalah satu misteri yang perlu dirungkai.....

1 comments:

NekoPillow said...

cabaran utk ditempuh...jgn lari dri nye~~ hihihi
smoga taun ini lbih baek dri taun lpas~

Post a Comment