Slide


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, March 24, 2009

Sambungan Rahsia Hati Lisa Bab 2

Shahrul sekadar mengangguk dan tersenyum. Dia kemudian menghidupkan enjin keretanya dan meninggalkan perkarangan rumah Dewi. Dalam perjalanan pulang, dia lebih senang memerhati panorama alam di sekelilingnya. Di Ipoh memang terdapat banyak gunung batu kapur. Sayangnya saban hari keadaan gunung tersebut semakin menyedihkan. Gunung itu bertambah gondol dan bunyi letupan akibat daripada kegiatan kuari sering kedengaran. Batu-batu kapur diletupkan untuk dijadikan sebagai bahan mentah dalam bahan binaan.
“Hai, meletup lagi? Tak habis-habis orang-orang ni nak letupkan batu kapur. At least simpanlah sikit untuk generasi masa depan. Kesian kau gunung, entah siapa nak dengar rintihan kau kan?” Shahrul mengeluh sendiri. Bosan dengan pemanduannya, dia membuat keputusan untuk mendengar radio.
“Eh, lagu best ni! Layan..” bisiknya apabila terdengar lagu yang berkumandang di corong radio keretanya.
Sedang dia asyik melayan lagu kegemarannya, Itu Kamu nyanyian kumpulan Estranged di stesen radio Hot.fm itu, pandangannya terarah ke satu gerai yang dikerumuni ramai orang.
“Apa yang best sangat tu? Baik aku pergi tengok kejap,” lantas dia segera memarkir keretanya berhampiran tempat tersebut. Kemudian dia bergegas untuk ke gerai yang dikerumuni manusia itu.
“Amboi, ramainya! Baru buka ke kedai ni? Jual apa ye?” pelbagai persoalan menerjah fikirannya. Dia begitu ingin tahu apa sebenarnya yang diniagakan oleh pemilik gerai tersebut. Setelah dia berasak-asak dengan dalam kelompok manusia yang ramai itu, akhirnya dia berjaya mengenal pasti barang jualan di gerai tersebut. Rupa-rupanya gerai tersebut milik seorang pedagang kristal dan barangan antik. Kini dia sedang mengadakan jualan lelong kerana dia ingin pulang ke tanah airnya di Tehran. Sedang dia memerhati satu persatu barangan antik dan perhiasan kristal, dia terpandang satu kotak logam yang dibalut dengan kain sutera berwarna merah. Apabila dia membuka kotak tersebut, dia mendapati sepasang kristal berbentuk hati berwarna merah jambu muda. Hatinya begitu tertarik melihat perhiasan tersebut.
“Beli la encik. Ini banyak cantik. Boleh beri kepada kekasih,” tegur pemilik gerai tersebut. Fasih juga ya dia berbahasa melayu, desis hati kecil Shahrul.
“Tak apa, saya tengok-tengok saja,”jawab Shahrul sambil tersenyum. Peniaga itu tidak berputus asa. Dia memujuk lagi Shahrul agar membeli kristal tersebut.
“Janganlah itu macam encik. Ini barang terhad tau. Kristal asli punya, Tehran mari. Belilah, beri pada kekasih. Dia mesti suka.”
“Tapi saya tak ada kekasihlah...”jawab Shahrul yang mula berasa malu dirayu sampai begitu sekali.
“Muka banyak lawa belum ada kekasih? Tak apa, tak apa boleh beri bila dah ada kekasih. Ini kristal makna dia lambang cinta sejati. Belilah encik, saya bagi special price!”
“Cinta sejati? Awak percaya cinta sejati?” tanya Shahrul yang mula selesa dengan keramahan warga Tehran itu.
“Saya percaya, encik. Kalau ada kejujuran mesti ada cinta sejati. Saya percaya, encik ni orang baik kan?” peniaga itu tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih berseri. “Hmm, okaylah. Saya beli,”akhirnya Shahrul bersetuju untuk membeli kristal berbentuk hati tersebut.

0 comments:

Post a Comment