Slide


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, March 29, 2009

EARTH HOUR 2009....Berjayakah Malaysia?

Seperti yang kita semua tahu, semalam bersamaan 28 Mac 2009, selam 1 jam, bermula 8.30 malam sehingga 9.30 malam ialah waktu untuk bumi. Yang saya maksudkan ialah Kempen Earth Hour. Persoalannya adakah kempen ini benar-benar berjaya di Malaysia? Kita sedia maklum bahawa kempen sebegini merupakan julung-julung kalinya diadakan di Malaysia. Berbeza dengan negara lain yang sudah memulakan kempen tersebut sejak 2007 lagi. Terus terang saya katakan kempen ini hanya 40% berjaya. Bererti rakyat Malaysia masih kurang kesedaran tentang pemeliharaan planet Bumi ini. Data ini telah disahkan oleh Majlis Bandar raya Shah Alam(MBSA) pagi tadi menerusi rancangan Ape ke hal? di tv9. Jelas sekali kurang daripada separuh rakyat Malaysia yang menyedari kepentingan kempen tersebut. Tanpa kita ketahui, bahawa sekiranya kita mematikan bekalan elektrik selama satu jam, tenaga yang tersimpan boleh digunakan untuk beribu-ribu tahun kehadapan(data daripada sumber buletin tv9). Saya sendiri menyokong kempen tersebut denagan mematikan lampu selama satu jam walaupun saya tidak dapat berada di rumah semalam kerana menghadiri kenduri di rumah saudara. Namun sya sempat berpesan kepada bibik saya untuk mematikan lampu selam satu jam tersebut. Hal ini demikian kerana saya menyedari betapa pentingnya sokongan kita sebagai rakyat Malaysia dalam menjayakan kempen ini. Bersama kita mampu mengubahnya. Namun apa yang terjadi ialah sebaliknya. Jelas sekali rakyat Malaysia masih cetek pengetahuan tentang perkara ini. Semalam, dalam perjalan saya ke Klang, saya dapati hanya beberapa taman perumahan sahaja yang berada dalam keadaan gelap. Selebihnya, bandar Klang masih dilimpahi cahaya neon yang menerangi malam. Begitu juga yang terjadi di pekan Tanjung Karang, iaitu tempat tinggal saya. Lampu tetap terpasang walaupun jam sudah melebihi angka 9. Yang lebih melucukan ialah fahaman penduduk kampung saya yang begitu kolot sekali! Mereka beranggapan bahawa bekalan elektrik akan terputus dengan sendiri bermula jam 8.30 malam! Sepatutnya merekalah yang harus memadam lampu, namun apa yang mereka faham adalah maksud yang lain pula! Perkara ini jugalah yang menjadi antara faktor kegagalan kempen ini. Fahaman dan persepsi orang kampung yang cetek membuatkan mereka salah faham erti sebenar kempen ini diadakan. Ada pula mak cik-mak cik dan wak-wak yang membebel tak setuju dengan kempen ini. Hey, sedarlah sikit wak! Ko tu dah la tak menyokong kempen, buat lagi pembakaran terbuka! Ada hati nak membebel lebih-lebih?!! Saya betul-betul marah ni!! Namun begitu, terdapat juga rakyat Malaysia yang masih prihatin. Tahniah diucapkan kepada rakyat Malaysia yang menyayangi Bumi! Jika negara seperti Australia, Amerika, dan Jepun malah Vietnam dan Filipina mampu menjayakan kempen ini, kenapa tidak Malaysia? Diharapkan andai kempen ini masih diadakan tahun hadapan, bersamalah kita menjayakannya! Di bawah ini saya sertakan gambar bandar Kuching, Sarawak yang dikirim oleh teman semasa Earth Hour, semalam. TAHNIAH bandar Kuching!




Tuesday, March 24, 2009

Sambungan Rahsia Hati Lisa Bab 2

Shahrul sekadar mengangguk dan tersenyum. Dia kemudian menghidupkan enjin keretanya dan meninggalkan perkarangan rumah Dewi. Dalam perjalanan pulang, dia lebih senang memerhati panorama alam di sekelilingnya. Di Ipoh memang terdapat banyak gunung batu kapur. Sayangnya saban hari keadaan gunung tersebut semakin menyedihkan. Gunung itu bertambah gondol dan bunyi letupan akibat daripada kegiatan kuari sering kedengaran. Batu-batu kapur diletupkan untuk dijadikan sebagai bahan mentah dalam bahan binaan.
“Hai, meletup lagi? Tak habis-habis orang-orang ni nak letupkan batu kapur. At least simpanlah sikit untuk generasi masa depan. Kesian kau gunung, entah siapa nak dengar rintihan kau kan?” Shahrul mengeluh sendiri. Bosan dengan pemanduannya, dia membuat keputusan untuk mendengar radio.
“Eh, lagu best ni! Layan..” bisiknya apabila terdengar lagu yang berkumandang di corong radio keretanya.
Sedang dia asyik melayan lagu kegemarannya, Itu Kamu nyanyian kumpulan Estranged di stesen radio Hot.fm itu, pandangannya terarah ke satu gerai yang dikerumuni ramai orang.
“Apa yang best sangat tu? Baik aku pergi tengok kejap,” lantas dia segera memarkir keretanya berhampiran tempat tersebut. Kemudian dia bergegas untuk ke gerai yang dikerumuni manusia itu.
“Amboi, ramainya! Baru buka ke kedai ni? Jual apa ye?” pelbagai persoalan menerjah fikirannya. Dia begitu ingin tahu apa sebenarnya yang diniagakan oleh pemilik gerai tersebut. Setelah dia berasak-asak dengan dalam kelompok manusia yang ramai itu, akhirnya dia berjaya mengenal pasti barang jualan di gerai tersebut. Rupa-rupanya gerai tersebut milik seorang pedagang kristal dan barangan antik. Kini dia sedang mengadakan jualan lelong kerana dia ingin pulang ke tanah airnya di Tehran. Sedang dia memerhati satu persatu barangan antik dan perhiasan kristal, dia terpandang satu kotak logam yang dibalut dengan kain sutera berwarna merah. Apabila dia membuka kotak tersebut, dia mendapati sepasang kristal berbentuk hati berwarna merah jambu muda. Hatinya begitu tertarik melihat perhiasan tersebut.
“Beli la encik. Ini banyak cantik. Boleh beri kepada kekasih,” tegur pemilik gerai tersebut. Fasih juga ya dia berbahasa melayu, desis hati kecil Shahrul.
“Tak apa, saya tengok-tengok saja,”jawab Shahrul sambil tersenyum. Peniaga itu tidak berputus asa. Dia memujuk lagi Shahrul agar membeli kristal tersebut.
“Janganlah itu macam encik. Ini barang terhad tau. Kristal asli punya, Tehran mari. Belilah, beri pada kekasih. Dia mesti suka.”
“Tapi saya tak ada kekasihlah...”jawab Shahrul yang mula berasa malu dirayu sampai begitu sekali.
“Muka banyak lawa belum ada kekasih? Tak apa, tak apa boleh beri bila dah ada kekasih. Ini kristal makna dia lambang cinta sejati. Belilah encik, saya bagi special price!”
“Cinta sejati? Awak percaya cinta sejati?” tanya Shahrul yang mula selesa dengan keramahan warga Tehran itu.
“Saya percaya, encik. Kalau ada kejujuran mesti ada cinta sejati. Saya percaya, encik ni orang baik kan?” peniaga itu tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih berseri. “Hmm, okaylah. Saya beli,”akhirnya Shahrul bersetuju untuk membeli kristal berbentuk hati tersebut.

Sunday, March 22, 2009

Handphone Hilang!!!!!!

Aku diselubungi kesedihan yang teramat-amat sangat...Mana taknya? Handphone aku telah hilang!!!! Arghh...tension gler! Damn it! Aku baru sebulan pakai phone tu...Ketika aku menghantar adik aku pulang ke hostel, dengan cuainya aku telah hilang ingatan kedudukan handphone aku....Entah kat mane la skarang ni... So, just contact my CELCOM number if you have any bussiness with me! 0193144862...Tapi jangan buang number MAXIS, aku akan redeem balik...chow!

Tuesday, March 3, 2009

DEMAM..!!!

Semuanya bermula 2 hari lepas......

I terasa pening sangat. That time I tengah temankan mak pergi bayar bil telefon. Tak tau kenapa kepala jadi berat sangat.. Seriously, macam nak pitam. Tapi I gagahkan jugak. Then, I went to cut my hair, while my mom buat facial. Masa abang potong rambut tu menekapkan mesin potong rambut tu kat kepala I, Ya ALLAH!! Peningnya, bertambah berkali-kali ganda!! Masa tu I dah nak termuntah, tapi rileks ar cool dulu. Siap je abang tu potong rambut, I pun dah bayar. Terus I lari pegi toilet! Kebetulan dekat je. Masuk-masuk tolet.... Masya ALLAH!! Stink like a skunk! Even skunk smell better! I terus masuk tandas pertama dan muntah sepuasnya!! Don't imagine I muntah ape ye... Sebelum tu I dah makan sambal sotong yang teramat pedas dengan sayur kangkung tumis belacan...hehehe bayangkanlah. Tekak I loya sangat... lepas dah muntah tu I rasa lega sekejap.

That night... tak tau kenapa I rasa lemah balik. Peningnye...over betol la pening ni! I ramas dahi, tak ada pun rasa panas, seram sejuk berpeluh ada la.. Tak pasal-pasal malam tu I tidur awal. Pukul 9.30 malam I dah tido dah. Can you imagine that! 9.30 is still so early! Selalunya I tido dalam 12 ke 1 pagi. Dah la malam tu ada konsert jom heboh! CT perform lagi tu! Terlepas pulak, frustnyer! Malam tu jugak I terlepas siri kegemaran I, The Advantures Of Merlin...

Lepas hari yang menyakitkan tu, esok pagi I bangun masih terasa berpinar tapi dah kurang sikit la. Hari ni pun dah sembuh dah. That's why ada kekuatan nak postkan citer ni... Lepas ni I nak sambung penulisan novel Rahsia Hati Lisa yang baru sampai bab 4 tu...hihihi... Tiba-tiba I rasa bersemangat nak sambung novel I ni kerana ternampak borang permohonan masuk ke ASWARA dah dibuka! I ingat I nak cuba apply lah...Ok, sampai sini je.. Jumpa lagi dalam entry lepas ni yang akan memuatkan sambungan cerita Rahsia Hati Lisa.....

Monday, March 2, 2009

Tag from Udin

1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. Tag 10 friends
5. Everyone tagged has to do the same thing.
6. Have Fun!

IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?
Gagap-Stacy
hahaha, gagap??? maknenye tak ok la??
HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
Lucky-Jason Mraz/Colbie Callait
whoa, i'm a lucky guy!
WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
Tattoo-Jordin Sparks
What? tattoo is haram!!
HOW DO YOU FEEL TODAY?
Makes me wonder-Maroon 5
what i'm wondering about? nonsence
WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
Now or never-High School Musical 3
we must be optimist..whether its now or never..haha its match!
WHAT'S YOUR MOTTO?
One Thousands Million Smiles-Siti Nurhaliza
I luv smiling =)
WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
Terima Kasih Cinta-Afgan
???????
WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
Cancer-My Chemical Romance
OMG!! Cancer?? NO! NO! NO!
WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
Ayat-ayat cinta-Rossa
Yeah, thats rite! i'm jiwang karat..huhuhu
WHAT IS 2 + 2?
Million miles-Too Phat feat Siti Nurhaliza
2+2 should be 3..How come it can be million miles???
WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
Memori Tercipta-Shila
Yes, the memories of best friends that will I never forget
WHAT IS YOUR LIFE STORY?
When I grow up-Pussycat Dolls
what's the matter? when I grow up, so...??
WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
Sampai Syurga-Faizal Tahir
wow, sampai syurga? too much good deeds...haha
WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
Gantung-Melly Goeslow
i'm not that mean to hang people!!
WHAT WILL/DID YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
Menanti pasti-Siti Nurhaliza
so you have to dance waltz on my wedding
WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
Memori Bahagia-Sahri
are people happy when I die? how could you...
WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
My All-Mariah Carey
hey, that's not true! i'm very fussy and choosy! 'all' will not be in my list..
WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
Stuck-Stacie Orrico
i don't want to get stuck!
WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
Two voices One song-Barbie and The Diamond Castle
Is that a secret??
WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
Nafas Cahaya-Misha Omar
I don't want my nafas to bercahaya..hahaha
WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIEND?
Connected-Barbie and The Diamond Castle
Ifeel connected when i'm thinking them..
WHAT'S THE WORST THING THAT COULD HAPPEN?
Gila-Mila
OMG! I dont wanna be crazy!
HOW WILL YOU DIE?
Over You-Daughtry
i'll die over you? gosh, mintak jauh!
WHAT IS THE ONE THING YOU REGRET?
Cinta Terhalang-Bob
yeah, i hate forbidden love..huhu
WHAT MAKES YOU LAUGH?
Crush-David Archuleta
i'm laughing if somebody had crush on me...hahahaha
WHAT MAKES YOU CRY?
Bila Terasa Rindu-Dafi
when i miss you i cry...shit! no reason why i'm crying for you??
WILL YOU EVER GET MARRIED?
Drama-Ning, Nikki, Yanie
only in drama...hey, what about my real life? will i get married?
WHAT SCARES YOU THE MOST?
Rumors-Lindsay Lohan
hate them when i'm famous someday..hahaha
DOES ANYONE LIKE U?
Bisakah-Siti Nurhaliza
why bisakah? they will like me. all people likes me..heh
IF YOU COULD GO BACK IN TIME, WHAT WOULD YOU CHANGE?
Mercy-Duffy
i have no mercy! mean all time muahahahaha
WHAT HURTS RIGHT NOW?
Cinta ini membunuhku-DMassive
haha love is killing me...
WHAT WILL YOU POST THIS AS?
Revolusi-Bunkface
what revolusi will I do? just wait and see...